CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, March 26, 2010

Update Kelakuan Eichik


Tengoklah kelaku si Eichik nie, makin besar makin menjadi2 kelakunya. Tuh hari M.Ya bukak pintu uma mcm caplin dia mengeluarkan diri dan terus terusan lari mengejar sang betina kg yg datang melilau. Aduyaiiiii... puehhh M.Ya memanggil dia buleh wat dono yerk. Dah mcm target sesat gamaknye M.Ya dikejekan si Eichik nie. Pehtu bile dengar jerk bunyi kete aku terus bedesutt dia berlari menunggu depan pintu pagar. Haaa tau takutttt.. kene babab ngan aku sekali.

Pehtu last week dia p tumpahkan air masak satu jug besar, gara2 mer0yan tak dapat kuar uma. Habis meja makan ngan lantai uma M.Ya banjir ngan air dibuatnye. Kalau langsir uma tu jangan cakap laaa, seb baik gak langsir uma M.Ya tu jenis kain tebal. Kalau jenis kain lobang2 a.k.a jaring2 mcm uma mak aku, harus seminggu jadi lunyai mcm roti jala.

Pastu nie dia buat kelaku men penyodok sampah plak. Heloooo not available lagi ok!!! Badan tu dah besar gedabak. Dah tak size Eichik lagi dah nak landing manding kat penyodok tu. Kalau time kecik2 boleh la nak landing2 mcm d0lu kale.

Thursday, March 11, 2010

Maybe NO MORE BW aftEr tHis


Huaaaa nak nangehhh dah nie... pasal K. Nurul nak memberhentikan khidmat menolong kawan2 membeli makanan kucing jenama Blackwood untuk kawan2 yg beli by post. Aku la tuuu antaranya.... aduhaaiiiii sedeyyy betull laaa.... tapi kesian gak kat K. Nurul dan lagi kesian kat anak2 bulus aku. Bukan tak boleh beli sendiri, tapi korang paham2 jelaaa beli kat kedai nie mahal sikit harganya berbanding beli online ngan K. Nurul nie. Nak mengirim kengkawan yg ade kat KL dia orang memasing sebok. Cane nak mintak tolonggggg!!! Ade x kawan2 yg boleh menolong aku collect dari uma K. Nurul pastu tolong post plak kat aku. Huhuuuu... Adesssss sedeyyyyy laaa.... dah tak terkata dah nie kesedihannye.... Huhuuuuuu

Tuesday, February 23, 2010

Eichik Sakit Mate


Ini la dia budak yg makin x senohnoh perangainye. Makin besar makin menjadi2 kelakunya. Gaya tido pun semakin tak sopan, terkangkang kiak camni. Wat malu jerk kalau meow2 betina lain tengok. Habisss jatuh sahammmm... Dah le ade sekor anak kucing uma depan tu asyik mengendeng jerk ngan si Eichik nie. Buat plak kelaku mcm nie. Kompom nak tunjuk macho ngan budak kecit tu?!!??

Oooo by the way sebenarnya aku just nak cite, Eichik skang tengah si serang sakit mate. Semalam C. Mail call aku bg tau yg Eichik tak boleh bukak mate. Habis bengkak, merah and berair2 matenye. Balik keje aku tengok Eichik terbaring layu, pintu pagar tenganga besar pun dia buat bodo je. Hiskkk Eichik ni kalau dah sakit mmg monyok and dok diam jerk la dia. Langsung tak aktip. Aku balik pun dia buat tak tau je kan, langsung tak sambut kepulangan aku. Baru sakit mate dah longlai takmo makan pe semua. Ape kes!!!

Aku pun terus amik air suam and lap2 sikit mate Eichik pastu baru aku lap dengan air garam. Aku nak bawak jumpe vet kompom x sempat, so pendekatan tu jerk la yg aku buat. Pg td nampak mate Eichik dah ok skit. Better dr semalam. Lega sikit rase hati aku nie. Tp kalau balik keje kang tengok Eichik tak ok gak terpaksa la aku p ketuk pintu vet suruh cek si Eichik. Hehe boleh gitu.

Hopes that Eichik akan sembuh kembali, walaupun M.Ya pening kepala menengok kelaku Eichik yg suke panjat langsir uma dia. Huhuhu...

Friday, February 19, 2010

Bila Domong dah Sehat

Lame aku tak update blog meow aku nie. Ohhh lupe nak update pasal Domong, skang Domong dah semakin sihat dan semakin menggedik. Kenapa aku kate Domong semakin menggedik. Adessss Domong dah mula menggatal dan menggedik nak mencari laki. Aduhaiiiii... x serik2 budak si Domong nie, baru lepas keguguran dah nak menggedik sakan. Sebok melaram bila ade kucing jantan yg sekor tu asyik datang ke rumah aku. Namenye si Tempang. kucing jiran depan uma aku.

Hahhhh yg si jantan nie plak bleh tunjuk macho kannnn bila datang uma aku. Termeow2 la konon ngan suara halus dia tu. Pastu membelasah kucing2 aku ikut suka hati dia je kan. Gerammm aku ngan si Tempang tu tau. Nanti kau Tempang, aku dapat aku suruh Kemung, Tiger ngan Eichik blasah ko cecukup..

Wednesday, February 3, 2010

Domong and her late babies

2 ekor anak Domong yg mati selepas sehari dilahirkan, 27 Januari 2010.


3 ekor anak Domong yg mati pd hari aku balik ke rumah mak, 29 Januari 2010 (Jumaat)



Mumy Domong yg sakit selepas kelahiran. Sehingga ke hari ini (03 Febuari 2010-rabu) keadaan kesihatan Domong semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya. Mumy Domong dah mampu bangun sendiri untuk makan and minum, and dah larat untuk bangun sendiri pegi poo walaupun langkahnya sangat longlai. Semoga Mumy Domong cepat sembuh. InsyaAllahhh

Thursday, January 28, 2010

Domong Beranak Lagi pada 26 Januari 2010

Yesss yes andddd yesss Domong telah selamat melahirkan 5 ekor baby meow pd 26 Januari 2010 (Selasa). Punye la aku gumbira bile mendapat berita nie dari mak. Seronok sesangat la kannn... tp keseronokan aku tu bertukar jadi sedih pada 27 Januari 2010, bile mak mengatakan 2 ekor anak Domong telah mati. Adessss sedey betul la. Tak sempat aku nak tengok baby Domong yg mati tu. Sobb sobb sedey sedey... so tinggal la lagi 3 ekor. Tu pun mak kate yg 2 ekor lagi tu nampak lemah aje, Domong pun tak nak bagi susu kat anak dia. Tak tau pesal. Lagi la buat aku risau bebeno nie. Aku harap Domong ngan baby2 dia tu cepatlah sihat hendaknya.

Wednesday, January 27, 2010

Eichik Ceret Berettttttttttt

Semalam dah 2 hari Eichik kene cirit-birit, aku tak tau ape puncanya yg menyebabkan si Eichik nie jadi macam tu. Kerisauan aku jangan cakap la. Last week keracunan pasal Eichik p gigit rumput yang baru lepas diracun oleh Cik Mail. Mau 2 hari gak Eichik nak pulih dari keracunan tu. Pehtu minggu nie bleh plak menyambung kene cirit lagi. Aku rase takde pape yg Eichik makan, tapi tak tau la kan mase ketiadaan aku or mase dia dok sensorang kat uma. Tau tau jerk la si Eichik ni pantang nampak mende bergerak semua nak digigit and nak diloktangnye.

Mase balik kampung on weekend aku tengok dah ok dah, sekali malam semalam and malam tadi lepas aku balik keje tengok2 Eichik dah lepak dok kat beranda dapur tepi mesin basuh. Poo dia dah bersepah dah, seb baik Eichik tak mencret kat dalam uma. Kalau idak 1 keje aku nak menyental uma kan! Terus aku ambil Eichik dan bersihkan badan dia ngan syampoo pe semua. Nak kate demam tak demam. Jenuh aku memikirkan ape masalah si Eichik nie, sampai naik kemping perut dia aku tengok. Mau meleleh airmate aku ni ha. Vet dah jumpe ubat dah bagi, makanan takmoh makan. Dari pagi sampai aku balik keje blackwood (BW) dia tu tak habis2 dimakan. Nak aku ngadap muke dia baru nak makan. Aku bangun Eichik pun banguun mengejar aku. Adessss ape masalah la budak sekor nie. Puas aku memikir hingga ke malam tadi..dan akhirnya aku tau ape puncanye... Korang nak tau ape??? Haaa meh telek betul2 gambo yg ade kat bawah ni haa... zooommmmmmmmmmmm


Haaaa si Eichik p jilat2 and p minum air Teh Orang Kampung bekas M. Ya aku minum. Adohaiiiii patutla ceret je 2 3 hari nie, rupe2nya si Eichik p minum air nie. Ntah ape yg nak didietkan agak ntah. Lepas tu kite orang nak pecah perot gelakkan Eichik. Patutla habis lemak dlm badan Eichik kuar. Hahaahahahaa.. Eichik eichik macam2 hal yg ko buat. Haa tu la curik lagi minum air M.Ya, kan dah kene ceret. Korang nak tau cane aku bleh tau, mase M.Ya tengah lap2 meja makan adela cawan bekas M.Ya minum tu atas meja. Pehtu si Eichik nie ape lagi, berlumbe2 p jilat air tu. Aduhaiiii Eichik, K.Lieya pun tak minum air tu ko plak nak minum ye!!!

So now aku dah lega dah pasal aku dah tau ape puncanya. And M.Ya pun aku tengok pagi nie takdela dia biarkan cawan Teh Orang Kampungnye tu kat atas meja. Heheh takut si Eichik nie menjilat lagi bekas air tu. Mau huru hara kami kat uma tengokkan si Eichik tu ceret. And hope Eichik ok lepas nie. InsyaAllah.. and to all fren yg mane minum air... whatever air diet, pleaze jangan sepah2kan bekas minuman korang. Nanti ade si manje korang jadi slim mcm si Eichik nie. Hehehe..