CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 30, 2009

Eichik and Family

Balik kampung nak jumpe mata air, cakap bini nak jumpe mat tahir...

0opsss silap2.. ha ha... n0t for Eichik ok. Eichik kecikkkk lagi, Eichik balik kampung jumpe family same cam aku da. Seb baik kg tak jauhkan, 1 jam perjalanan dah sampai uma terchenta. So sampai je Eichik pun melepaskan rindunye bersame bro2, Mamy and Papy dia. Nak lepaskan rindu pada Sis terchenta tak bley pasal Sis nye tengah dalam pantang. He he.. Sangatlah gumbira si Eichik nie bile dapat jumpe parents dia. Sampai2 je jumpe Mamy Domong terus peluk cium segala and terus lepaskan hajat. Hajat ape?? Menyusu laaa... dahhh korang ingat ape??? 2 minggu tak balik kampung mestilah winduuuu kat susu Mamy. Cam korang gakkkk... Ahaksss... selama 3 hari kat kampung Eichik tak melepaskan peluang bermanja dengan keluarganye. So happy kannnn!!! Aku tengok pun happy, tapi bile kene berpisah Eichik sedey la semula. All the way menangis sedu sedan. Hu hu... Seb baik sampai uma dia ok balik. He he... 0so rindu ngan smile ball kann Eichik kannn...

Misi Memasang Dawai kat Pintu Pagar dah Berjaya

Akhirnye aku berjaya menyiapkan projek aku yg terbengkalai. He he... skang aku dah boleh sesuka hati membuka pintu uma, sebab pintu pagar dah aku pasang dawai kotak2 tu, so Eichik pun takleh la sewenang2nye nak mengeluarkan diri dia. He he padan muke Eichikkkk... Tengok pemandangan luar aje la ye Eichikkk...

Mamy Domong dah berCUCU

Panda and her 0wn babies

Allamakkk!!! Macam tak percaya bahawasenye Mamy Domong dah berCUCU. Ini macam dah takleh nak panggil Mamy Domong lagi ye tak!!! Dah kene panggil Nany Domong nie. He he...

Selasa (24 November 2009), Panda telah selamat melahirkan 5 ekor anak yg kiut miut sejibik Mamy si Panda. Korang tengok la tu, 3 ekor anak Panda serupe bulu dia dan 2 ekor lagii ikut sape?? Huiskkkkk... setelah puas aku belek dan aku telek rupe2nye ini anak "perogol bersiri" nih, bulu dia sejibik bapak dia saling tak tumpah. Hu hu... Perogol bersiri dari rumah depan nie. Hiskkk garang2 Panda pun dia tumpaskan jugak Isk isk iskkk... Hu hu....

Korang tengok gambo bawah tu plak, Nany Domong risaukan cucu-cucunye ke risaukan Mamy baru nie!!! Domong dok asyik mundar mandir kat luar sangkar menengok cucu dia. Dah rupe bodyguard dahh aku tengok. Aku rase mesti Nany Domong ngajar Panda cane nak susukan and jaga anak2 dia. Kan kan kannnn... He he.. betul ker?? Memandai je kan aku nie... Ahh ade aku kesahhh... Ha ha

Tuesday, November 24, 2009

Banteras Kuman Muman

Bile ade kucing nie uma kene sentiasa besih. Ehhh time ade kucing je ke uma kene bersih. He he... salah statement aku nie. Bile ade bela kucing, maka uma kene lebih dijaga dengan bersih kerana kucing kadang kala membawa kutu juga kuman or hama yg tidak kite nampak.

So skang inilah keje aku, mengemop uma setiap hari supaya uma tidak menjadi tempat ternakan kutu2 juga hama2. He he... mase aku dok uma mak pun macam tu la, kalau tak sempat nak buat tiap2 ari paling tak pun seminggu sekali aku mesti kene buat. Macam skang nie oleh kerana aku dah dok jauh dari mak, time aku balik kg jela baru aku mop uma mak aku.

Bahan2 untuk mengemop uma ialahhhh... mop dan sabun pembasmi kuman muman juga kipas. He he kipas tu kegunaannye untuk lebih mempercepatkan proses pengeringan lantai yg basah. Ingat ye kawan2 korang kene sentiasa bersihkan uma korang and tempat tido kucing korang sekerap yg mungkin. Kebersihan harus dijaga ok!!!

Eichik and the Kembar

Kembar aku ker??? muke same mcm aku, aku pakai rantai pun dia pakai rantai.. Iskk pelik nie??? Cane leh same nie??!!??

Rantai vs Kipas

Uiiii garangnye muke Eichik, tak0tnyeeeeee... ha ha ha

Eichik dengan rantai barunye a.k.a gelang tangan aku. Muke tensen pasal kene pakai rantai for the 1st time macam tu la.. tapi still takleh lepas dari kipas bile time cuaca panas. Pandaiii si Eichik nie mencari port untuk memastikan badannye kene kipas. Then bila dah sejuk barulah dia berpindah ke tempat lain. Kadang2 siap masuk celah2 bantal kecik kat atas kerusi.

Monday, November 23, 2009

Tips dan Info from Fad (Cari.com)

1. Jangan bagi kucing peliharaan korang mkn putih telur mentah kerana putih telur mentah mengandungi enzim yg boleh memecahkan vitamin biotin iaitu salah satu keperluan dalam kesihatan seekor kucing.

2. Kucing tertua yg direkodkan setelah fossilnya dijumpai iaitu 12 juta thn terdahulu. Spesis ini telah hidup sekian lama sebenarnya.

3. Ibu kucing sering mengajar anaknya untuk memburu makanan. Dan jika dipelihara sejak kecil oleh kita dan tidak diajar oleh ibunya tentang cara kehidupan sebenar, kucing ini akan hanya menangkap mangsa dan tidak tahu apa untuk dibuat dengan mangsa tersebut.

4. Makanan asal kucing bukanlah ikan. Asal kucing di awalnya adalah di padang pasir. Ia lebih menggemari burung dan serangga. Haiwan ini diajar memakan ikan ketika perang dunia kedua kerana ketika itu daging amat mahal dan setiap kilang telah mengetin bahan makanan murah dan berprotien tinggi untuk makanan haiwan. Disinilah bermulanya mereka memperkenalkan ikan sebagai sumber utama untuk makanan kucing.

5. Kucing juga mempunyai stress jika:
a)Pemelihara mempunyai haiwan peliharaan yg lain.
b)Berpindah ke rumah baru.
c)Aktivi pembinaan berlaku di sekitar rumah.
d)Penukaran pemelihara.
e)Pertukaran makanan.Kucing sanggup makan makanan yg sama setiap hari.

6. Kucing lebih bertindak balas bila dipanggil oleh wanita daripada lelaki. Ini kerana wanita mempunyai suara bernada tinggi dan nyaring drpd lelaki. chiss..!!

7. Jangan memberi bawang sebagai makanan kepada kucing. Slah satu enzim dalam bawang boleh merosakkan hemoglobin dalam sel darah merahnya. Cuba lihat dulu bahan-bahan apa yg diberi pada kucing anda.

8. Bila kucing datang dan menggeselkan badannya di kaki kita, ia adalah untuk menunjukkan kemesraan dan meletakan bau peribadinya ke atas kita.

9. Kucing boleh melihat enam kali ganda lbh dari manusia di dlm gelap kerana ia mempunyai sel refleksi yg menyerap cahaya.

10. Otak kucing memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi kerana lbh 20 pratus daripadanya dari hati akan terus menuju ke otak.

11. Kucing adalah satu-satunya haiwan yg berjalan dan berdiri menggunakan kukunya dan bukan menggunakan tapak kakinya.

12. Kucing sentiasa mencucikan dirinya dengan menjilat badannya. Ini adalah untuk membuang bau-bauan dari pemelihara yang memegangnya.

13. Kucing mempunyai memori yg lbh bagus dari anjing. Setelah membuat kajian di Universiti Michigan,anjing mempunyai memori sekitar 5minit manakala kucing boleh bertahan selama 16jam melebihi monyet dan orang utan.

14. Kucing mempunyai lebih dari seratus bunyi vokal yg berlainan manakala anjing cuma ada 10 saja bunyian vokalnya.

15. Kucing juga mempunyai emosi.

16. Mata kucing mempunyai refleksi yg boleh menyerap cahaya ketika mengambil gambar menggunakan flash,mata kucing tersebut akan menjadi merah.

17. Kucing menggunakan 15 peratus untuk tidur sepanjang hayatnya. Dianggarkan 50 peratus setiap hari untuk tidur dan 35 peratus lagi adalah masa jaga sepanjang hayatnya.

Mandi mandi


Hahh... bile tibe hari ahad, adalah hari mandi utk si Eichik. Suke ke tak suke ke kene mandi gak, operasi membersihkan badan Eichik dari segala kutu2. He he... Nampak gayenye si Eichik nie mengikut perangai Papy Kemung dia, bile time mandi je ya ampunnn mulut bising giler. Kalau ikut perangai Mamy Domongkan bagus, time mandi diammm je... Eichik Eichik, walaupun sekseeee sikit nak mandi and operasi menyah kutu Eichik nie, tapi akhirnya berjaya gak aku menyelesaikannye. Hu hu hu... mau berpeluh aku 1 badan. Skang Eichik dah tak tergaru2 lagi...

Gelagat Baby Eichik

video


Ha korang tengok la baby Eichik nie, tau ape yg dia risaukan sampai jalan mengundur and tegolek2 mcm tu??? Aku pakaikan gelang tangan aku kat leher dia, dah jadi rantai. Ha ha ha...Itu yg jadi jakun mcm tu... He he he... kene lak ade loceng kecik sejibik kat gelang tu then tergantung lak kan, jadi jakun la pulak Eichik nie. Tapi skang tengok dah ok dah, cume kekadang dia geram dia gigit2 loceng tu. He he he...

Saturday, November 21, 2009

Gaye Bumbum si Eichik


Ha ha... tengok gaye tido si baby Eichik nie. Macam2 gaye ade tau. Tapi nie je gaye yang sempat aku snap. Korang tengok gamb0 yg last tu, korang tau ape jadi lepas tu?? Tak tau kannnn!!! Ha meh sini aku cite...si Eichik nie b0leh melorot sampai masuk ke celah bantal tu. He he heee... Aku pun x pasan pada mulenye. Mase nak masukkan Eichik dalam sangkarlah baru perasan dia terselit celah2 bantal tu. Puas gak aku mencari, cari punye cari rupe2nye Eichik dah terselit. Sedap je kan dia tido...He he... Seron0k teng0kkan gelagat si Eichik nie...

Friday, November 20, 2009

Baby Eichik yg Asyik nak Mengaruk


Si Eichik ni tetiap kul 6 pagi dah mengaruk kejut semua orang dalam uma and ngaruk nak kuar sangkar. Tu lah kejenye tetiap pagi.. He he... Bagus gak ade tukang kejut kat uma, xyah aku pakai alarm hp lagi. Kannnn...

Berbalik pada gambo tu, korang tengok la bebetul ade tangankan. Tu tangan aku dipanjatnye si Eichik pagi tadi. Eichik tensen pasal x dapat makan keropok ikan, tangan aku dipanjatnye dan p kat muka aku men hidu2 lak. Dia kepoh2 nak tengok ape yg aku makan. Ha ha haaa... Aku sampai xleh nak bercakap, korang bayangkan dia dok asyik menghidu je kat muke aku sambil mengiau mintak keropok ikan yg aku makan tu, kecik2 dah mule mengepohkan diri.

Ade ke nak makan keropok ikan, mane bulehkan!!! Keropok ikan tu dah le berminyak pastu masin lak ade gugur bulu si Eichik tu. No wayyyy... dari Mamy Domong ngan Papy Kemung sampai le ke anak2nye, aku ngan mak tak ajar dia orang nie makan bende2 berminyak and masin2 juga makanan2 yg manusia makan. Itu adalah undang2 yg harus dipatuhi oleh setiap kucing2 aku. Kucing korang pun samekan... He he heeee....

Thursday, November 19, 2009

Usaha Penc0lekan

Usaha penc0lekan oleh Geng Rawang

Proses menyelamatkan diri

Hiarggggg lariiii cepattt...

Sleepy M0de



26th Day After

Mamy Domong and babies


Mamy mamy.. nak ikut nak ikutttttt


Mane Mamy Domong?? Dah hilang keeee???

Adik beradik Baby Eichik


Nie dia adik beradik baby Eichik, mase umo baru 26 hari. Dari depan bawak pusing ikut arah jam yerk... yg depan tu Black, kalung, munyit, baby eichik dan 0chin. Kalung, Munyit dan Ochin dah sampai kat Rawang. Baby Eichik ikut aku kat Gelang Patah dan Black masih kat uma mak aku menanti tuannye amik. Hehehehe... All name dibagi oleh mak aku kecuali Ochin dan baby Eichik. Yg lain2 tu just saje2 panggil. Hehehe

Wednesday, November 18, 2009

Baby Eichik

Ini baby Eichik, actually belum ade serius name.
Huhuhuuuu..Lets go, its time kecahkan uma...
....hia hia hiaaa....


Smell 1st

I L0ve my smile ball.. keep it keep it

So tired

Sleeping m0de.. huarghhhh

Tuesday, November 17, 2009

Kelahiran ke-3

Yehaaaa and n0w ini dia anak domong untuk kelahiran yg kali ke-3. Haaa tiap2 kelahiran mesti 5 ek0r and kali nie 3 ekor berbulu kembang. Ikut bulu mumy dia si domong tu la... and 2 lagi x berapa nak kembang laaa tp still cute gak. Hahahaa.... baru berumur 2 bulan 2 hari. 3 ek0r dah terbang ke Rawang, Selangor ahad lepas dan sekor antara 3 ek0r nie kawan aku akan amik weekend nie untuk dibela kat Port Dickson. Ciann kawan aku tu pasal kucing dia 2 ekor dah kene racun ngan orang. Yg sekor lagi aku bela, and sekor lagi still ade kat uma mak. Just tunggu time untuk di hantar ke uma tuan barunye. Dah bertuan ok... so not available kalau korang nak. Hehehe...

Black (M) - belum bertuan
Bobo (M) - Rawang, Selangor
Ochin (F) - Rawang, Selangor

2 lagi belum punye name termasuklah yg aku bela. Hehehe pasal aku dah x tau nak letak name ape...any suggestion??? Yang aku bela just panggil baby eichik, kadang gaban, kadang chinchan tp yg makcik aku lak pi panggil Upin. Boleh gitu??? Macam x best kan!!! Hehehe...

Anak ke-2 Domong

Ini dia Tiger, si c0mey aku

Ini pulak si Jibra


Ini pulak kelet, patutla di amik gambar kelet tunjukkan (#%*#&% nye aje, rupenye nak dicurik orang.. huhuhu


dan ini pulak si 0ken juga si bo0t

Mase nie memasing baru je berumur 1 bulan 11 hari...




Kelahiran Ke-2 Domong

Haaa ini pulak anak ke-2 domong yg dilahirakan pada 04 May 2009 (Isnin), yg aku beri name Tiger pasal mase kecik2 dulu muke and bulu tiger sejibik cam rimau. Thats why la aku letak name tiger and now umo tiger pun dah 6 bulan 13 hari gitew. Tapi sayang mase kelahiran tiger nie aku lupe nak snap gambar dia adik beradik. So takdelah gambar kenang-kenangan tiger dan adik-beradik dia. Huhuhuuu... Asal aku bleh lupe ehhh... Ok kelahiran tiger bersama 4 beradik yg lain.

  1. Tiger (M) - Dibela oleh mak aku kat kg
  2. Jibra (M) - Dibela oleh Pakcik Tik kat Pontian
  3. Kelet (F) - Diamik oleh anak Pakcik Tik, tp sayang kene curik orang
  4. Boot (F) - Dibela Wak Timah, makcik aku kat Kukup
  5. 0ken (M) - Dibela oleh Cik Jamal kat Tenggayun

Kelahiran Pertama


Yehaaaa here's 1st baby of Dom0ng. Anak domong untuk kelahiran yg pertama ade 5 ekor.

  1. Labu (M) - Di bela oleh Pak Din, kat kg je
  2. Labi (M) - Di bela oleh Pak Din, kat kg je
  3. Panda (F) - Di bela oleh mak aku, kat kg je
  4. Manja (M) - Di bela oleh akak ipar sepupu aku, kat Pasir Gudang
  5. Memei (M) - Dibela Mak Na, kat Rawang Selangor

So now anak2 domong yg tua dah berumur lebih kurang 1 tahun 18 hari.

Kemung dan Dom0ng

Nie dia kucing kesayangan aku, aku bela mase domong and kemung baru berumur kire2 sebulan. Mula2 aku just nak bela domong sekor je, tapi bile memandangkan dia sesekor kat uma, so aku adopt lagi sekor kucing pakcik aku yg tak terbela, anak kepada si tupai. Skang ibu kemung pun dah mati kene baham dek anjing liar, ciankan. Asal namenye ibu kemung tupai?? Sebabnye ekor ibu kemung sebijik mcm ekor tupai. So pakcik aku pun panggil tupai.

Domong dan kemung bukan lah kucing pertama yg aku bela, xtually b4 nie abg2 aku pun penah bela kucing, tp kesian sampai mase kucing2 mereka selalu ilang ntah ke mane. And then aku penah bela sekor anak kucing yg aku panggil bulat. Bulat yg macho mempunyai mate blah kiri biru dan mate blah kanan ijau dan berbulu kaler putih? Penah korang jumpe kucing bermate mcm nie?? Sayangnye ketika berumur 1 tahun si bulat nie suke membeser tak kire tempat. So korang bayangkan la kalau kencing kucing merata tempat, nak sembahyang pun susah then bau dia jangan cakap la kan. Dan ditambah plak mase tu aku alah ngan bulu kucing, itu yg menguatkan lagi sebab kenapa aku harus pindahkan bulat. Memang sedih mase tu, aku tak nak pindahkan uma, tapi oleh kerana mak berkeras aku pun terpaksa akur. And mase tu nak kasi mandul takut macam berdosa sesangatkan.... yelah mendera batin kucingkan. Then mase nak pindahkan uma tu, aku dokong bulat dan serah pada mak. Bulat macam tau2 je dia nak dipindahkan uma, dia pelok dan cengkam kukunye ke baju aku tak mau lepas and tak mau ikut mak aku sambil mengiau2 meminta tolong.

Aku yg tak sanggup tengok muke bulat terus masuk ke bilik dan menangis. Malamnye aku tak boleh tido kerana mengingatkan nasib si bulat. Korang tau ape jadi kat aku pada keesokan harinye??? Tak tau kan, ha nie aku cite ehh.. Esoknye aku xcident mase on the way nak ke kedai. Lepas aku jatuh tu aku terus teringatkan bulat, mungkin sumpahan bulat juga kerana telah memindahkan bulat ke uma lain dan juga takdir Allah yg maha esa. Lepas daripada itu aku terus menyesal kerana membenarkan mak memindahkan bulat ke uma lain, dan aku cube mencari bulat semula tapi sayang seribu kali sayang, bulat dah diambil orang. Selepas itu aku tobat nak bela kucing, tapi kuasa tuhan telah mengembalikan minat aku dan sayang aku pada kucing. Mase aku tengah menjaga akak ipar aku dalam pantang, kucing jiran sebelah uma dia baru lepas beranak, pastu comel2 belaka termasuk la si domong nie. Nak dijadikan citer makcik tu offer kat aku nak anak kucing tak. Aku pun ape lagi, tanpa berfikir panjang terus je bersetuju, dan bermula dari situ lah aku membela si domong dan kemung nie.

Dan alhamdulillah, nampaknye sekarang nie alahan aku pada bulu kucing nie macam dah takde. Tak tau la kot2 tetibe sok luse ade plak. Harap2nye takde la kan sampai bile2...

Domong mase umur 1 bulan



Domong mase pregnant anak pertama, mase umo domong 9 bulan


Kemmung mase berumur 1 bulan


Kemung mase berumur 9 bulan