CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 29, 2010

New Style


Yahhhh lihatlah betapa bergayanye si Papy Jackie ini. Cube korang teka ape yg sedang dibuatnya tu??? Menggeliat??? Bersenam??? Sengaja baring terlentang??

Ooohhh semua tekaan korang sangatlah tidak betul, kerana picca ini diambil ketika papy jackie sedang T I D O.. Yesssss tidoooo... x cayeeee??? Seriusss ini bukan sengaja aku reka, tp ini adalah kenyataannye. Ini adalah gaye tido terbaru si papy Jackie ini.

Memula aku tengok, ingatkan dia tengah baring2 ke hape ke. Tapi bile aku datang dekat tengok Jackie sedang kusyuk dan tawadduknye memejamkan matenye ituuu... Heeeee

Memacam je gaya papy Jackie nie. Si papy Jackie nie kalau tido mmg mcm2 gaye yg dibuatnyee... apepun aku sonot tengok gaye papy Jackie time tido, sangat c0meyyyy....

Wednesday, September 22, 2010

Eichik wif new stuff


Tengok2 sebok kite nak sikat bulu dia sebok gak dia nak buat men sikat tu. Kesabaran jerk laa ngan budak si Eichik nie.

Semua bebarang nie aku beli b4 raya tuh hari. Hadiah sempena utk anak2 bulus aku. Aku nak raye dia org nie pun nak la raya gakkk.. Tu sikat tu aku beli baru pasal yg lama mcm dah x best, so aku gantilaaaa nak raye punye pasalkan. Xnak nanti dikatekan dia org xde barang baru utk hari raya.

Memandangkan syampoo sudah mau habis, aku pun beli utk stok simpanan. Susu plak utk si mamy Domong yg kekurangan susu utk support babies dia. Sikat for surelah untuk semua, "Eichik jgn ingat sikat tu utk Eichik seorang yerkkk.. share2 membawa berkat hokey!!!"

Award


Yahhh aku dengan gigihnye mengambil 1 lagi award dari meowmania.

Thanksss dearrr...

Tuesday, September 7, 2010

Award from Meowmania


Pertama sekali aku ingin mengucapkan TERIMA KASIH kepada MEOWMANIA kerana telah sudi memberi award ini.... Heeeeeee I Likeeee...

Kepada mereka2 yg sudi, yg belum ade Award aku bg plak award ni kat korang. Silalah ambik yeee..... jangan malu jangan segan... Heeeeee

Selamat Hari Raya

Salam lebaran untuk semua
Dikesempatan yg ade nie
Aku alsoooooo
Papy Kemung, Mamy Domong, Tiger, Eichik & the new babies ingin mengucapkannnn



SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

Kepada yg pulang ke kampung halaman, pandu lah kereta dengan berhati

PANDU CERMAT NYAWA INSYAALLAH PASTI SELAMAT

Semoga Allah memudahkan perjalanan korang semua....

Tiger Dah Balik Ye yehhhh

Kepada semua kawan2 aku ingin berkongsi kegembiraan ini....

Yahhhh tentunya tak lain tak bukan

Tiger dah pulang ke pangkuan aku & keluargaaa

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Sesungguhnya aku bersyukur kepada yang Maha Esa

Kerana memberi peluang aku sekeluarga menjaga Tiger lagii...

Untuk pengetahuan korang semua, Tiger balik pada 4 September 2010 pada pukul 6.45pagi

Macam mane Tiger balik???? Teruskan membaca yeee...

Hari Jumaat lepas sepatutnya aku ade majlis berbuka puasa di Royal Johor Country Club, tp memandangkan hati aku, kepala aku asyik teringatkan Tiger maka aku telah cancel last minute. Pehtuuu aku terus shoot balik ke uma mak aku. Sampai2 uma dah pukul 6.30 ptg dan aku terus memanggil2 nama Tiger sehingga la nak waktu berbuka puasa. Selepas berbuka puasa aku sambung lagi panggil, selepas isyak membawa ke tengah malam. Tp Takdela keje aku beberapa jam tu memanggil nama Tiger tanpa henti. Bile terasa tekak aku perit dah penat aku berenti la, pehtu aku sambung lagi. Selepas tu bile bangun sahur, aku bersahur dengan memanggil nama Tiger dulu. Lepas bersahur aku panggil lagi sampail a ke pukul 6.15 pagi. Lepas penat aku pun terus baring2 sambil memikirkan apelah yg dimakan Tiger, kat mana dia tido segala.

Pukul 6.42 lebih kurang Abah aku pergi membuang sampah kat belakang uma, pastu Abah aku terdengar suara mengiauu perlahan sangat. Kite orang mmg sangat2lah cam suara Tiger tu... Pastu Abah pun panggil nama Tiger, 2 3 kali panggil tiger pun keluar mendapatkan Abah aku. Si Eichik nie pulak bile nampak je Abg dia, terus dia peluk cium Abg Tiger dia tu. Kompom rindu sangat la tu kat Abg dia tu. Abah aku terus dokong Tiger and bawak balik ke uma. Sampai uma Abah aku terus panggil aku ngan Mak. Hahhh bile dengar je Tiger dah balik, aku ngan Mak ape lagi.. Lintang pukang la memasing bangun. Terus kite orang peluk cium si Tiger tu. Lepas tu terus bagi Tiger makan.

Selama 6 hari Tiger kat hutan dan entah ke mana peginya, bulu dia pun x terurus. Kotor ngan tanah segala. Bile matahari dah naik aku terus mandikan Tiger. Bile dah mandi barulah bersih semula bulu dia tu. Ape pun aku tersangatlah berSYUKUR kerana Allah mendengar doa kami sekeluarga. SYUKUR ALHAMDULILLAHHH...

Kepada kawan2 yg tolong menDOAkan TERIMA KASIH aku ucapkan...
Hanya Allah yg akan membalas budi baik korang

Thursday, September 2, 2010

Hari Ke-4 Tanpa Tiger

Dah hari ke-4
Tiger tak jugak muncul-muncul
Ke mane lah Tiger memencilkan diri
Ohh Gigerr baliklahhh

Semalam Mak call kawan mak
Selang 2 uma dari uma aku
Anak kawan mak cakap ade nampak kucing ala-ala Giger kat depan uma dia
Mak tanye macam mane badannye dan bulu dia
Berbulu kembang badan berbelang-belang coklat oren kehitaman

Sahhhhh
Itu memang Giger
Anak kawan Mak ade jugak cuba nak tangkap Giger
Tapi belum sempat nak dekat
Giger dah cabut lari
Itu memang sifat Giger
Giger takkan tunggu orang tak dikenali datang dekat dia

Ini bermakna Giger masih bernyawa
Dan aku akan terus berharap

Tapiiiii

Bile Mak ngan Abah ke sana petang semalam
Giger tak adeeeDi panggil-panggil pun tak keluar juga
Pagi tadi Mak pegi lagi
Juga tiada...
Gigerrrr...
Balik lahhhhhhh

Malam sebelum Giger hilang, lepak2 bersama adik terchenta si Eichik


Wednesday, September 1, 2010

Baliklah Tiger

Huaaaaaa mood tengah sadis madis sedey medihhh nie... :-(
Kucing aku yg namanya Tiger a.k.a Giger tak balik uma dah 3 hari 4 mlm
Puas cari keliling uma keliling kg, uma jiran juga keliling kebun dekat uma mak aku

Tapi.....

TETAP TAK JUMPEEEE.....

Manelah budak si giger nie pegiii???
Pagi sebelum ilang, giger ade masuk bilik aku
nak tido ngan aku

Tp aku buat tak layan jeee memulaa...
Pehtu bile tengok dia mengais2 dan mula mengganggu tido aku ala2 mengejut aku minx perhatian
baru la aku layan giger


Ini adalah picture terakhir giger pagi sebelum dia hilangg...

Memula elok jee dia baringkann...


Lepas tu bile aku buat tak layan, mula la giger merakas mengganggu tido aku...


Pastu buat muke kesiannn mintak diperhatikan dan dibelaiii


aku pun layan la giger, tepuk2 dia seperti biasa sebelum dia tido


dan akhirnyaa giger pun tido dgn lenanyaaa....


Tapi semalam, semalam... hari ini dah takde tu semua
Dah takde Giger mengganggu tido aku
Dah takde Giger yg mintak dibelai dirinya sebelum tido
Gigerrrrrr...
Giger ke maneee sayanggg???
K.Lieya tahuu Papa Kemung tu jahat pasal dia selalu buli Giger dan pukul Giger
Tapi jangan la krn Papa Kemung, Giger takut nak balik
Balik la Gigerrrr...
K.Lieya dah hukum Papa Kemung
K. Lieya dah kurung Papa Kemung dlm sangkar
Papa Kemung memang jahatkan!!!
Semalam Papa Kemung nak pukul Eichik
Jahatkan Papa Kemung tu
Gigerrrr baliklah yee...
Kesian Eichik
Hari2 Eichik tunggu Giger balik
Eichik pun dah tak ceria mcm K.Lieya, Mak ngan Abah
Termenung ajee dia
Makan pun Eichik tak lalu
Giger tak kesian ke kat kami???
Balik la Giger
Giger mesti laparkan???
Hari2 mak ngan K.Lieya sediakan makanan utk Giger
Tu hari pun Giger tak sempat nak jamah ikan yg Mak sediakan utk Giger
Sampai basi ikan tu...

Ya Allahhhh
Kau selamatkan Giger dari segala bencana
Kau lindungilah Giger andai kata dia masih diluar sane
Andai kata Giger diambil org
Kau bukakan pintu hati org itu agar kembalikan Giger kpd kami
Jika dia dikerjakan binatang buas
Kau berikan petunjuk di mana jasadnya
Biar aku semadikan dia supaya berpusara
Mak, Abah, Eichik, Mamy Domong, Papy Jackie & NewBaby juga tak sanggup kehilangan Giger
Pulanglah Gigerrrrr...
Kami semua menunggu kepulangan Giger

:'-(