CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 23, 2009

Tips dan Info from Fad (Cari.com)

1. Jangan bagi kucing peliharaan korang mkn putih telur mentah kerana putih telur mentah mengandungi enzim yg boleh memecahkan vitamin biotin iaitu salah satu keperluan dalam kesihatan seekor kucing.

2. Kucing tertua yg direkodkan setelah fossilnya dijumpai iaitu 12 juta thn terdahulu. Spesis ini telah hidup sekian lama sebenarnya.

3. Ibu kucing sering mengajar anaknya untuk memburu makanan. Dan jika dipelihara sejak kecil oleh kita dan tidak diajar oleh ibunya tentang cara kehidupan sebenar, kucing ini akan hanya menangkap mangsa dan tidak tahu apa untuk dibuat dengan mangsa tersebut.

4. Makanan asal kucing bukanlah ikan. Asal kucing di awalnya adalah di padang pasir. Ia lebih menggemari burung dan serangga. Haiwan ini diajar memakan ikan ketika perang dunia kedua kerana ketika itu daging amat mahal dan setiap kilang telah mengetin bahan makanan murah dan berprotien tinggi untuk makanan haiwan. Disinilah bermulanya mereka memperkenalkan ikan sebagai sumber utama untuk makanan kucing.

5. Kucing juga mempunyai stress jika:
a)Pemelihara mempunyai haiwan peliharaan yg lain.
b)Berpindah ke rumah baru.
c)Aktivi pembinaan berlaku di sekitar rumah.
d)Penukaran pemelihara.
e)Pertukaran makanan.Kucing sanggup makan makanan yg sama setiap hari.

6. Kucing lebih bertindak balas bila dipanggil oleh wanita daripada lelaki. Ini kerana wanita mempunyai suara bernada tinggi dan nyaring drpd lelaki. chiss..!!

7. Jangan memberi bawang sebagai makanan kepada kucing. Slah satu enzim dalam bawang boleh merosakkan hemoglobin dalam sel darah merahnya. Cuba lihat dulu bahan-bahan apa yg diberi pada kucing anda.

8. Bila kucing datang dan menggeselkan badannya di kaki kita, ia adalah untuk menunjukkan kemesraan dan meletakan bau peribadinya ke atas kita.

9. Kucing boleh melihat enam kali ganda lbh dari manusia di dlm gelap kerana ia mempunyai sel refleksi yg menyerap cahaya.

10. Otak kucing memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi kerana lbh 20 pratus daripadanya dari hati akan terus menuju ke otak.

11. Kucing adalah satu-satunya haiwan yg berjalan dan berdiri menggunakan kukunya dan bukan menggunakan tapak kakinya.

12. Kucing sentiasa mencucikan dirinya dengan menjilat badannya. Ini adalah untuk membuang bau-bauan dari pemelihara yang memegangnya.

13. Kucing mempunyai memori yg lbh bagus dari anjing. Setelah membuat kajian di Universiti Michigan,anjing mempunyai memori sekitar 5minit manakala kucing boleh bertahan selama 16jam melebihi monyet dan orang utan.

14. Kucing mempunyai lebih dari seratus bunyi vokal yg berlainan manakala anjing cuma ada 10 saja bunyian vokalnya.

15. Kucing juga mempunyai emosi.

16. Mata kucing mempunyai refleksi yg boleh menyerap cahaya ketika mengambil gambar menggunakan flash,mata kucing tersebut akan menjadi merah.

17. Kucing menggunakan 15 peratus untuk tidur sepanjang hayatnya. Dianggarkan 50 peratus setiap hari untuk tidur dan 35 peratus lagi adalah masa jaga sepanjang hayatnya.

0 comments: